KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Ahad, 23 Februari 2014

Febuari 2014_Pukul Lalat Sempena HW & CNY

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Chinese New Year KRT ini telah mengadakan satu permainan tradisional yang khusus dapat menyatu-padukan kekanak pelbagai kaum pada 23hb Febuari.


Sebelum permainan dimulakan taklimat permainan disampaikan oleh Setiausaha KRT Encik Rosli bin Yaacob yang juga merupakan seorang penulis buku Permainan Tradisional yang popular. Disebelah kiri beliau ialah Bendahari KRT Encik Mohd Amin dan dikiri lagi ialah Pengerusi KRT Encik Abdul Wahab. 


Permainan ini cukup mudah sebab hampir tiada peralatan yang perlu disediakan kecuali sehelai sapu tangan atau tuala muka yang kecil. Pada mulanya semua peserta buat bulatan kemudian duduk dengan tangan letak dibelakang. Salah seorang kekanak akan berjalan dibelakang bulatan dan akan meletakkan sapu tangan keatas tangan orang yang duduk. 


Apabila peserta yang duduk terasa ada sapu tangan ditangannya maka dia akan segera bangun serta mengejar rakannya sambil memukul
seperti sedang memukul lalat. 


Jikalau yang dikejar dapat dipukul oleh peserta yang mengejar maka dikira mati dan keluar dari permainan. Tapi bukan keluar begitu saja, keluar pergi ambil Soft Ice Cream percuma menggunakan kupon yang telah diberikan semasa mendaftar.

 

Dengar bunyinya memang dasyat sebab ais krimnya satu lori, lori kecil pun lori juga kan, dan sebenarnya order cuma untuk 200 orang sahaja yang ada kupon. Yang tak dapat kupon sebab tak main kena bayar RM 1 setiap mangkok.
Murah kan.... okey kan...!! 


Inilah sebahagian petugas semasa permainan Pukul Lalat diadakan. Yang berbaju hitam itu ialah Penolong Setiausaha KRT Puan Norzihan dan berbaju merah sukarelawan KRT yang popular dengan gelaran Alang. Dibelakangnya ialah kekanak lelki menunggu giliran untuk mereka pula bermain. 


Woww... bulatan untuk kumpulan lelaki lebih besar sebab bilangan mereka lebih ramai dari perempuan. Yang tak masuk main pun ramai dibelakang sana, barangkali tengok dulu lain kali baru main. 


Giliran lelaki memang laju dan pantas cara kejarnya. Sesuai dengan bulatan mereka yang lebih besar sebab tenaga mereka juga lebih jika dibandingkan dengan kekanak perempuan. 


Disebelah malamnya yakni mulai jam 9.30 malam diadakan jamuan ringan untuk semua peserta yang bermain permainan Pukul Lalat ini. 



Jamuan diadakan di Pos Kawalan SRS / NBOS sebab disitu kemudahan kerusi meja serta lampu sudah ada. 


Akhirnya permainan Pukul Lalat tiada pemenang sebab tujuan diadakan permainan ini ialah untuk memperkenalkan kembali permainan tradisional ini kepada golongan muda terutama Tunas Jiran dari KRT ini. ianya seiring dengan motto Rukun Tetangga, 
"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN"


Hadiah-hadiah turut disampaikan kepada Tunas Jiran yang kebetulan hari-jadi mereka berdekatan dengan tarikh aktiviti ini. 


Hadiah disampaikan oleh Encik Sabri, orang kuat SRS, salah seorang AJK KRT yang juga menjadi Pembantu Ketua Skim SRS. Encik Sabri ini ialah pesara tentera dan sesuai sangat tugas Rondaan SRS / NBOS di kendalikan oleh beliau.  Salam Perpaduan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan