KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Sabtu, 16 Mac 2013

Mac 2013_Bengkel Omma Podi


Program ini mempunyai 3 fasa, dan fasa 1 akan dimulakan pada 16.3 yang mengandungi bahagian pengenalan. Kandungan fasa 1 ialah Demontrasi Mengadun serta memasak Omma Podi yang dibuat di Pondok Wakaf berhampiran Blok 02 perumahan ini. Dua buah khemah dipasang bagi orang-ramai yang hadir menyaksikan demontrasi itu.

Pengerusi KRT Encik Abdul Wahab Mohamad sedang menyampaikan beberapa amanat kepada wanita-wanita yang menghadiri bengkel tersebut.

Empat (4) orang tukang masak yang mahir menunjukkan cara mengadun bahan-bahan untuk dibuat Omma Podi kemudian menunjukkan cara memasaknya. Selepas semua tukang masak siap memasak kesemua Omma Podi maka orang ramai yang hadir diberi rasa setiap Omma Podi tersebut. Ia bertujuan untuk mencari Omma Podi yang manakah yang paling sesuai (sedap) untuk dijadikan resepi kepunyaan Rukun Tetangga yang kemudiannya resepi itu akan dikembangkan bagi di komersilkan.

Puan Suhana Sabrah mewakili AJK Jiran Wanita menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum demontrasi dimulakan.

Dengan cara ini individu yang berminat untuk menambah pendapatan isi-rumah boleh melibatkan diri dalam fasa ke 2 yang akan menyusul tidak lama selepas fasa pertama dimana mereka akan dibekalkan adunan yang telah siap diadun mengikut resepi RT untuk dibawa balik kerumah dan memasaknya dirumah pada waktu lapang. 


Puan Chandra bersama pembantunya Cik Malini, salah seorang tukang masak yang dijemput membuat demontrasi sedang mengadun adunan Omma Podi sementara Encik Abdul Wahab memberi penjelasan dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman.

Adunan dipicit masuk kedalam kuali yang sedang panas. Saiz adalah yang terkecil. Besar sedikit dari Mee Hoon dan kecil sedikit dari Mee Kuning. Boleh kata saiznya bersamaan mee kuning dibelah 3.

Selepas memasak, mereka akan menghantar hasil masakan Omma Podi tersebut untuk dinilai oleh RT. Masakan yang sesuai untuk di komersil (dijual) akan dibayar upahnya. Hasil pengumpulan Omma Podi yang dibawa datang semula ke RT akan di bungkus dan akan dibuat edaran atau jualan.

Sebahagian kaum wanita yang begitu tekun melihat demontrasi masakan dengan kertas ditangan tanda mereka menyalin resepi yang diberitahu. Ermmm... sambutan Hari Raya Aidl Fitri depan ni akan ada Omma Podi atas meja mereka ini.

Bahagian seterusnya ialah fasa ke 3 dimana proses jualan serta promosi jualan akan di lakukan oleh Jawatankuasa yang telah diberi tanggungjawab untuk perlaksanaan program tersebut. Sudah pastinya setiap pergerakan dan perjalanan bagi tujuan promosi dan jualan akan dibayar mengikut komisyen yang akan ditetapkan oleh RT kemudian.

Khamis, 7 Mac 2013

Mac 2013_Pengubahsuaian Pejabat KRT


Beginilah keadaan pada 1hb Mac 2013 didalam pejabat Rukun Tetangga, 
sewaktu kerja-kerja memasang siling dilakukan. Cuba lihat casing untuk laluan wayar letrik dibahagian tembok siling tersebut dan bandingkan gambar dibawah.

Kerja-kerja memasang siling pejabat hanya memakan masa seminggu bermula pada26hb Febuari 2013. Dengan kos permulaan sebanyak RM 1,000.00 kemudian meningkat dan memerlukan tambahan sebanyak RM 500 menjadikan jumlah kesemua RM 1,500. Masih lumayan sebab ia dilakukan oleh Jawatankuasa KRT sendiri. Kalau panggil kontrektor sudah pastu mencapai 3k.

Berbanding pada 5hb Mac 2013 ketika mesyuarat Jawatankuasa kali ke 3 bagi sesi 2013/14 diadakan. Nampak lebih selesa.


Beginilah rupa ruang pejabat Rukun Tetangga Desa Tun Razak sewaktu mesyuarat AJK pada 5hb Mac 2013. pasang siling. Yang kelihatan tergantung dibawah siling itu adalah soket elektrik bagi mengecas laptop atau henfon. Bila nak guna tarik kebawah, ada 4 lubang untuk mengecas apa saja. Dan bila tidak diperlukan ditolak keatas semula jadilah ia seperti tergantung. Err... yang nampak bekas warna merah dibelakang sana berhampiran dinding ialah Laksa Kedah bersama kuahnya. Jamuan untuk mesyuarat AJK seperti biasa. Jikalau tidak ada jamuan nanti AJK merajuk tak nak datang mesyuarat pulak, maklum masing-masing baru balik dari surau. Faham-faham sajalah kan...


Suasana lebih ceria dalam mesyuarat buila ruang mesyuarat mendapat pembaharuan. Maklum dah 15 tahun suasana ditempat ini belum pernah berubah. Inilah masanya kita merubah bagi menukar selera ketika wang ada. Alhamdulillah...