KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Sabtu, 27 Julai 2013

Julai 2013_Ubahsuai Pos Kawalan NBOS

Di pintu masuk kawasan perumahan PPR Desa Tun Razak terdapat sebuah Pos Kawalan yang dikendalikan oleh SRS Desa Tun Razak. Kawalan SRS ini kemudian dinaik taraf menjadi NBOS yakni rondaan SRS 
bersama ATM dan PDRM. 


Pos Kawalan NBOS pada bulan Febuari 2013 cuma berukuran 8 x 8 kaki manakala khemah disebelahnya diberi pinjam oleh DBKL untuk tempoh 1 minggu sahaja.


Dalam bulan April 2013 kami telah mengecat Pos tersebut
dengan warna NBOS, biru laut. Kemudian pada awal bulan Mei (bulan Pilihanraya ke 13) Ahli Parlimen yang bertanding telah menyumbangkan sebuah khemah kepada kami. Gambar khemah dalam gambar 
dibawah pada sebelah kanan.


Mulai pertengahan bulan Mei 2013 kontraktor DBKL telah memulakan kerja pembessaran dan naik-taraf Pos Kawalan tersebut.






Menjelang Julai 2013 bersamaan dengan bulan Ramadhan Pos Kawalan ini sudah siap 90% cuma bekalan elektriknya belum sempurna.


Seperti lazimnya tiap-tiap pertengahan bulan Julai kita memasang bendera bagi menyambut Bulan Kemerdekaan. Pos kawalan sudah dilengkapi dengan bendera serta pasu bunga.


Sementara menanti ketibaan Hari Raya Aidil Fitri Pos Kawalan ini juga berfungsi sebagai tempat membayar fitrah. Kelihatan dalam gambar dibawah Amil yang dilantik sedang melakukan akad.


Apabila tiada orang yang membayar fitrah maka duduklah berbual berkenaan persiapan Hari Raya yang bakal tiba.


Amil yang memakai baju Baitulmal itu ialah Setiausaha SRS, Tuan Haji Ahmad Rumadi yang juga merupakan salah seorang AShli Jawatankuasa KRT kami.

Terima kaseh DBKL
dan
Selamat Hari Raya.



dicatatkan oleh
Bendahari KRT

Selasa, 9 Julai 2013

Julai 2013_Majlis Doa Selamat


Satu majlis Doa Selamat diadakan di Pos NBOS pada 7 Julai 2013 bersempena
kedatangan bulan Ramadhan.


Majlis ini juga merupakan kesyukuran kerana Pos NBOS sudah siap dibesarkan oleh kontrektor DBKL yang dilantik.


Seperti biasa dalam majlis-majlis yang diadakan oleh KRT ini maka kaum yang lain yang bukan beragama Islam akan turut hadir bersama-sama
memeriahkan majlis.





Dicatatkan oleh Bendahari KRT