KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Jumaat, 12 Disember 2014

Disember 2014_ Singgah Mesra

Pengerusi KRT bergambar bersama SM Noor serta 2 anggota PDRM dari Balai Polis Sungai Besi sebelum ketibaan rombongan berbasikal tersebut.

Pada 7 Disember 2014 satu rombongan MPP, yakni Majlis Perundingan Penduduk yang berbasikal telah singgah di PPR Desa Tun Razak dalam rangka lawatan berbasikal mereka dalam zon selatan Kuala Lumpur.



Rombongan ini diketuai oleh Dato' Rizalman Dato' Mokhtar yang merupakan salah seorang Jawatankuasa Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merangkap Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.



Sempena lawatan rombongan berbasikal ini juga diadakan Pertandingan Memasang Khemah oleh Tunas Jiran Rukun Tetangga disini.


Rombongan berbasikal kemudian meneruskan perjalanan mereka singgah di kawasan kejiranan Bandar Tun Razak.


Inilah wajah sebahagian peserta Pertandingan Memasang Khemah dengan beberapa AJK KRT sempat bergambar sebelum bersurai.

Ahad, 23 Februari 2014

Febuari 2014_Pukul Lalat Sempena HW & CNY

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Chinese New Year KRT ini telah mengadakan satu permainan tradisional yang khusus dapat menyatu-padukan kekanak pelbagai kaum pada 23hb Febuari.


Sebelum permainan dimulakan taklimat permainan disampaikan oleh Setiausaha KRT Encik Rosli bin Yaacob yang juga merupakan seorang penulis buku Permainan Tradisional yang popular. Disebelah kiri beliau ialah Bendahari KRT Encik Mohd Amin dan dikiri lagi ialah Pengerusi KRT Encik Abdul Wahab. 


Permainan ini cukup mudah sebab hampir tiada peralatan yang perlu disediakan kecuali sehelai sapu tangan atau tuala muka yang kecil. Pada mulanya semua peserta buat bulatan kemudian duduk dengan tangan letak dibelakang. Salah seorang kekanak akan berjalan dibelakang bulatan dan akan meletakkan sapu tangan keatas tangan orang yang duduk. 


Apabila peserta yang duduk terasa ada sapu tangan ditangannya maka dia akan segera bangun serta mengejar rakannya sambil memukul
seperti sedang memukul lalat. 


Jikalau yang dikejar dapat dipukul oleh peserta yang mengejar maka dikira mati dan keluar dari permainan. Tapi bukan keluar begitu saja, keluar pergi ambil Soft Ice Cream percuma menggunakan kupon yang telah diberikan semasa mendaftar.

 

Dengar bunyinya memang dasyat sebab ais krimnya satu lori, lori kecil pun lori juga kan, dan sebenarnya order cuma untuk 200 orang sahaja yang ada kupon. Yang tak dapat kupon sebab tak main kena bayar RM 1 setiap mangkok.
Murah kan.... okey kan...!! 


Inilah sebahagian petugas semasa permainan Pukul Lalat diadakan. Yang berbaju hitam itu ialah Penolong Setiausaha KRT Puan Norzihan dan berbaju merah sukarelawan KRT yang popular dengan gelaran Alang. Dibelakangnya ialah kekanak lelki menunggu giliran untuk mereka pula bermain. 


Woww... bulatan untuk kumpulan lelaki lebih besar sebab bilangan mereka lebih ramai dari perempuan. Yang tak masuk main pun ramai dibelakang sana, barangkali tengok dulu lain kali baru main. 


Giliran lelaki memang laju dan pantas cara kejarnya. Sesuai dengan bulatan mereka yang lebih besar sebab tenaga mereka juga lebih jika dibandingkan dengan kekanak perempuan. 


Disebelah malamnya yakni mulai jam 9.30 malam diadakan jamuan ringan untuk semua peserta yang bermain permainan Pukul Lalat ini. 



Jamuan diadakan di Pos Kawalan SRS / NBOS sebab disitu kemudahan kerusi meja serta lampu sudah ada. 


Akhirnya permainan Pukul Lalat tiada pemenang sebab tujuan diadakan permainan ini ialah untuk memperkenalkan kembali permainan tradisional ini kepada golongan muda terutama Tunas Jiran dari KRT ini. ianya seiring dengan motto Rukun Tetangga, 
"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN, MERAIKAN KEPELBAGAIAN"


Hadiah-hadiah turut disampaikan kepada Tunas Jiran yang kebetulan hari-jadi mereka berdekatan dengan tarikh aktiviti ini. 


Hadiah disampaikan oleh Encik Sabri, orang kuat SRS, salah seorang AJK KRT yang juga menjadi Pembantu Ketua Skim SRS. Encik Sabri ini ialah pesara tentera dan sesuai sangat tugas Rondaan SRS / NBOS di kendalikan oleh beliau.  Salam Perpaduan.

Selasa, 21 Januari 2014

Januari 2014_Maulidurasul 1435


Sempena kedatangan Tahun Baru 2014 dan sempena sambutan Maulidurasul kami mengadakan program Gotong-royong pada 19.01.2014, sebelah pagi selepas bacaan selawat keatas Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


 Kawasan berhampiran laluan ditepi MRR2 jadi tumpuan kerana sudah terlalu semak dan kotor. Ternyata kali ini penglibatan Anggota Tunas Jiran telah mengalahkan Anggota SRS dan Anggota Jiran Muda. Jumlah penyertaan Tunas Jiran ialah 80 orang yakni dua kali ganda kehadiran Anggota SRS sendiri.


Menjelang jam 9.00 pagi disebelah pentas utama diadakan pula program bekam yang didahului dengan maklumat bekam yang disampaikan oleh Ustaz Jamaludin bin Man yang didatangkan khas dari Terengganu. Kemudian proses bekam dilakukan dengan upahnya semampu yang terdaya.


Sebelum berbekam, bacaan tekanan darah diambil dulu. Dalam gambar diatas salah seorang anggota SRS sedang mengambil bacaaan BP rakannya yang juga anggota SRS. Wah... ada pengalaman dah rakan kita ini.


Kotak yang terdapat dalam gambar ini ialah tempat untuk memasukkan wang sumbangan mereka yang telah berbekam. Ikut suka nak masukkan berapa RM.


Pada sebelah malamnya pula selepas Kuliah Maghrib di Surau Darul Naim, Ustaz Jamaludin memberikan 'Bayan Perdan' di atas pentas mulai jam 9.30 malam dan berakhir jam 11.50 malam. 


Sebahagian tetamu yang hadir dalam majlis 'Bayan Perdana' oleh Ustaz Jamaludin Man.