KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Sabtu, 15 Jun 2013

June 2013_Kursus Pengurusan Jenazah


Jawatankuasa Jiran Usia Emas KRT Desa Tun Razak yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad bin Haji Rumadi telah menyusun satu program bersama dengan Jawatankuasa Surau Darul Naim PPR Desa Tun Razak untuk mengadakan satu 'Kursus Pengurusan Jenazah' pada 15hb June 2013 di Surau Darul Naim mulai jam 9:30 pagi dan berakhir jam 12:30 tengahari.

Program ini terbuka kepada lelaki dan wanita tanpa mengira had umur. namun penglibatan adalah terhad kepada 50 orang sahaja kerana dikhuatiri jika lebih penumpuan tidak dapat diberikan dan hasil serta matlamat program bagi melahirkan lebih ramai Pak Bilal serta Mak Bilal untuk menguruskan jenazah meleset dari sasaran. Walau bagaimana pun peserta telah melebihi sasaran. Jumlah yang hadir ialah 78 orang. Kesemuanya diterima.


Ustaz Amin memulakan sesi penerangan.

Program ini juga melibatkan dua tenaga pengajar dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Ustaz Amin dan Ustazah Rozeeta.


Sebahagian peserta lelaki dan wanita dalam dewan solat Surau Darul Naim mendengar taklimat awal dari Ustaz Amin.

Bagi melakukan praktikal peserta lelaki dibawa keluar dari dewan solat.

Ustazah Rozeeta menunjukkan cara penyediaan kain kafan.

Ustazah Rozeeta meneruskan praktikal untuk pengurusan jenazah wanita di ruang solat wanita, yakni bahagian sebekah kiri surau.

Menyediakan kain kafan.

Ustaz Amin meneruskan praktikal pengurusan jenazah lelaki dengan Encik Jazlan sebagai jenazah sukarela.

Sebahagian anak muda yang menjadi peserta sedang makan Nasi Tomato secara berjemaah di ruang luar Surau Darul Naim.

Ustaz Amin sedang menikmati hidangan tengahari sambil menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh Setiausaha Rukun Tetangga Encik Rosli Yaacob.


Dibawah ini ialah rakaman video kursus tersebut dengan
lagu latarnya bertajuk Selimut Putih.
Selamat Menonton.



Semuga mendapat iktibar.