KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Khamis, 31 Januari 2013

Januari 2013_Pelancaran NBOS


Pengerusi KRT menemani Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional
Encik L Gandesan melakukan pemeriksaan perbarisan rondaan.



NBOS atau National Blue Ocean Strategy
dalam Rukun Tetangga Desa Tun Razak, bermaksud rondaan bersama
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Skim ini telah dibuat pelancarannya pada 30.1 berhadapan pintu masuk utama kawasan perumahan PPR Desa Tun Razak.


Encik L. Gandesan Timbalan Ketua Pengarah Rukun Tetangga Malaysia
telah melakukan pelancaran menggantikan Dato' Azman Amin yang tidak dapat hadir kerana terpaksa berada di kawasan Rukun Tetangga lain.


Pengarah Rancang Cawangan Provos Marsyal Angkatan Tentera Malysia, Kolonel Hj Ahmad Afandi bin Shuib turut memberikan ucapan alu-aluan dalam majlis pelancaran tersebut.


Pegawai NBOS dari 4 Divisyen Angkatan Tentera Malaysia,
Mejor Hj Zainal Abidin bin Abd Hamid (berbaju kuning cair duduk disebelah kanan dalam gambar) turut hadir menyaksikan majlis pelancaran.


Selepas melakukan pelancaran maka sebagai simbolik, peralatan rondaan seperti lampu picit, baton light dan rotan SRS disampaikan kepada anggota rondaan sambil berkenal-kenalan antara satu sama lain.








Selesai majlis pelancaran jamuan ringan dengan nasi lemak dan kopi 'O' yang disediakan oleh Jiran Wanita KRT Desa Tun Razak. Walaupun dikalangan jemputan terdiri dari pegawai atasan ATM dan PDRM namun jamuan 
VIP dan anggota peronda tetap sama, kedua-duanya dalam 
kotak dan cawan polystrene.


Nasi Lemak dan Kopi 'O' tetap menarik selera Norasyikin, 
pegawai JPNIN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini.


Begitu juga dengan Joe, salah seorang pegawai 
di Daerah Cheras JPNIN WP KL ini.


Sesi bergambar beramai-ramai sebelum pulang sehingga tak muat frame kamera. Kelihatan yang paling kecil berbaju warna biru itu adalah Puan Habibah Jaafar Pegawai Perpaduan Daerah Cheras. Kepala botak paling kiri ialah Ketua Peronda SRS Encik Ahmad Zaid.

Semuga rondaan sebegini dapat diteruskan bagi memantapkan hubungan antara ATM, PDRM dan SRS selain mengurangi kes jenayah terutama yang melibatkan komuniti setempat.



Dicatatkan oleh Tok Wan,
Bendahari KRT Desa Tun Razak

Selasa, 29 Januari 2013

Januari 2013_Mèsyuarat Persiapan Pelancaran NBOS


Mesyuarat Khas bagi membincangkan persediaan majlis pelancaran NBOS (National Blue Ocean Strategy) telah diadakan pada 28 Januari 2013 di Bilik Mesyuarat KRT. Semua AJK sesi 2013 hadir. Turut hadir ialah SM Noor dari Balai Polis Sg Besi (berbaju hitam dan berkaca mata disebelah kiri). Juga kelihatan dalam gambar ialah Pengerusi KRT berketayap putih dan disebelahnya bertudong putih ialah Puan Habibah Jaafar PPD Cheras.


Nampak gayanya seperti tak cukup tempat duduk sebab bilik mesyuarat KRT cuma boleh memuatkan seramai 24 orang AJK sahaja. Kerusi tambahan dibawa masuk bagi membolehkan semua yang hadir dapat duduk.


Beginilah suasana padat dalam bilik mesyuarat. Disebelah kanan SM Noor (yang memandang kamera dan berkaca mata) ialah Sarjan Rosli dari 1RAMD Sungai Besi sedang sibuk mencatat perkara yang sedang diperbincangkan.

Mesyuarat bermula jam 9.15 malam dan berakhir jam 11.15 malam. Memang itulah masa yang sesuai untuk bermesyuarat. Kalau lebih dari 2 jam bermakna  lebih banyak bercakap dari bermesyuarat.



Dicatatkan oleh Bendahari KRT

Ahad, 27 Januari 2013

Januari 2013_Sambutan Maulidur Rasul 1434



Program ini adalah anjuran bersama kesemua NGO's yang berada dalam kawasan perumahan PPR Desa Tun Razak, dengan Rukun Tetangga sebagai teraju utama.




Sebahagian Jawatankuasa gabungan Rukun Tetangga dan Surau Darul Naim sedabg bergotong royong memasak sarapan pagi dalam dewan orang ramai blok 8.


Sambutan ini telah diadakan pada 26.1 mulai jam 7.30 pagi dengan pendaftaran nama peserta-peserta bagi acara gotong royong. Selepas mendaftar para peserta diberi sarapan pagi mee hoon goreng dan teh 'O'. Kemudian berkumpul dihadapan pentas utama bagi acara selawat dan perasmian.


Selepas bersarapan selawat diketuai oleh Encik Baharudin bin Abdul Rahman. Kelihatan dalam gambar diatas pelajar KAFA serta ketua-ketua NGO's yang terlibat berada diatas pentas ketika berselawat.







Perasmian dilakukan oleh Dato' Rizalman bin Dato' Mokhtar. Selesai perasmian bunga pahar dicabut dan diberikan kepada semua Pengerusi2 NGO's yang terlibat dalam program ini. Kelihatan dalam gambar Pengerusi Rukun Tetangga Encik Abdul Wahab sedang memegang Bunga Pahar sementara Dato' Rizalman membahagi-bahagikan kepada semua Pengerusi Ngo's serta pelajar KAFA.


Sarapan sudah, selawat sudah bunga pahar pun sudah. Kini giliran mengambil peralatan gotong royong bagi memulakan kerja. Kerja-kerja pembersihan laluan kekanak untuk kesekolah serta laluan pejalan kaki menuju stesen LRT Tasek Selatan.


Inilah yang dinamakan perpaduan.


Biasalah orang pompuan kan....sebelum pi gotong royomng nak posing-posing dulu depan kamera, walhal orang lelaki dah nak habis kerja. adooii....jangan marah yek...


Baru nak ambil beg bagi mengisi sampah. Okey lah tu...


Tak mengapa....pagi masih awal. Kalau tak caya cuba perhatikan bayang matahari pada dinding bangunan dibelakang tu....arrr...kan dah kata dah !! Baru masuk waktu Dhuha.


Selesai gotong royong maka jamuan makan tengahari dengan1 ekor lembu masak gulai kawah serta 3 ekor kambing masak kari. Chef masaknya ialah Encik Jamal Rais, Jawatankuasa Surau Darul Naim. Selesai makan tengahari dan solat zohor maka Persembahan Marhaban oleh "Kumpulan Ummi Desa Tun Razak"


Selesai Persembahan Marhaban, sekali lagi "Kuiz Agama" diadakan untuk kekanak dengan soalan-soalan mudah. Memang mudah asal dapat hadiah. Dan hadiahnya ialah wang emas satu uncang untuk setiap jawapan yang betul. Kkelihatan dalam gambar dikiri ialah Jawatankuasa KRT Puan Zahara sedang menyampaikan uncang yang berisi wang emas kepada salah seorang pemenang dan diperhatikan oleh Bendahari KRT Encik Mohd Amin.



Bendahari KRT sedang mengemukakan soalan sementara Puan Zahara mempamerkan uncang yang berisi wang emas untuk dimenangi.


Sebahagian golongan dewasa yang menyelit dalam acara petang semasa Kuiz Agama diadakan. 

Program ini berlanjutan sehingga malam dimana pengisian mulai jam 9.15 malam ialah ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Razak bin Mustapha dari Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling dengan tajuknya ceramah "Pentingnya Menjaga Solat"

Program berakhir jam 11.00 malam.