KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Selasa, 13 Januari 2015

Januari 2015_ Maulidurasul 1436


Sambutan Maulidurasul bagi tahun hijrah 1436 telah diadakan di Pos Kawalan SRS/NBOS KRT ini pada 3 Januari 2015 sebaik selesai solat isyak.


Majlis ini diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Rumadi (memegang mikrofon) salah seorang Jawatankuada dalam KRT ini dan juga Pengerusi Cabang Jiran Usia Emas. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan SM Noor dari Balai Polis Sungai Besi.


Majlis dimulakan dengan berzanji. Walaupun dibuat secara sederhana ianya telah berjaya menarik pelbagai peringkat umur.


Meja-meja tambahan diluar khemah juga turut dipenuhi dengan jemputan yang datang, termasuk jemaah dari Surau Darul Naim sendiri.


Selesai berzanji, semua hadirin bangun untuk berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.


Cabang JIran Wanita juga tidak ketinggalan turut memeriahkan majlis.


Selesai selawat sambung berzanji lagi dan kemudian sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Latif (berbaju putih nombor 3 dari kanan).


Jamuan hanya ala kadar yakni Bubur Kacang cicah roti potong, Roti Jala bersama kuahnya, Meehoon Goreng serta kueh Cucur Badak dan Seri Muka.