KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Isnin, 18 Februari 2013

Febuari 2013_Program Sekata Outreach


Program Sekata Outreach diadakan pada 17hb Febuari 2013 di Kem Ghalet Lambaiana, Sungai Gabai, Mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.


Jam 6:40 pagi selesai solat suboh semakan kehadiran para peserta diadakan di Medan Selera Desa Tun Razak. Dari sejumlah 127 orang yang menghantar borang permohonan cuma 95 yang hadir. 



Selesai menyemak kedatangan, setiap peserta diberi sebutir telor mentah setiap seorang untuk dibawa sepanjang hari bengkel tersebut berlansung. Setiap butir telor tersebut telah diberi nombor mengikut pendaftaran dalam senarai nombor kedatangan. Tak boleh lari beb...



Kemudian setiap peserta akan diberi sebuah beg berisi peralatan tulis serta cenderahati berupa sehelai tuala mandi.



Kemudian baru dibenarkan menaiki bas.



Sesampai di Kem Ghalet Lambaiana dan selepas bersarapan pagi, bengkel awal di kendalikan oleh Encik Mohd Ashri dari JPNNIN WPKL yang memacu para peserta remaja ke module Sekata.



Peserta diberi latehan kerja dalam kumpulan yang terdiri antara 9 ke 10 orang setiap kumpulan.



Golongan dewasa pula dipacu oleh Encik Muslim dari PPR Perkasa yang pernah mengikuti bengkel Sekata sebelum ini dengan dibantu oleh Encik Jamil Sapuan dari PPR Desa Tun Razak.



Pembentangan kerja kumpulan oleh golongan remaja.









Encik Ganesan salah seorang AJK KRT terpaksa berbaring dibawah pondok dalam kawasan kem sebab darah keluar melalui hidungnya dan isteri beliau menemaninya sambil melayan berbual dengan Haji Ahmad  Haji Rumadi yang juga salah seorang AJK KRT ini.



Waktu makan tengahari sudah tiba, lauk ayam semua bangsa pun makan, jadi tak menjadi masalah dalam Rukun Tetangga.





Sorang satu ketul ayam saja tau, bukan kedekut tapi kawah cuma boleh memasak cuma sebanyak untuk 100 orang makan saja. Kalau nak makan sedap dan banyak bukan dalam kawasan kem. ha ha ha...



Ermmm... berselera betul nampak caranya tu kan kan kan...





Encik Ganesan sedang memeriksa tahap kepuasan juadah barangkali.









Orang sedang sibuk makan, Pengerusi KRT Encik Abdul Wahab sibuk menandatangani sijil peserta dan sedang diperhartikan oleh Encik Ngatemin Hj Buang Timbalan Pengerusi KRT.



Lepas makan dan lepas solat zohor maka tiba pula giliran golongan dewasa melakukan latehan dalam kumpulan.





Cenderahati untuk soalan-soalan yang bernas.



Encik Mohd Ashri meneruskan pacuannya sehingga jam 3 petang bagi golongan remaja. Ambek ko...









Kini tiba masa remaja dan dewasa dicantumkan tapi diasingkan jantina. Encik Hamim dari Biro Tata Negara Jabatan Perdana Menteri memacu peserta kearah Ketata-Negaraan. Nak jadi warganegara yang memahami keadaan serta sensitiviti negara bukan mudah beb...



Petugas dari BTN yang membantu Encik Hamim.







Wah... ini sudah macam seni mempertahankan diri. Tapi inilah yang harus di ikuti, kalau tak nak ikut buat apa datang ke kem kan...



Ini gaya cakar harimau. Oppss.. cakar kucing... miau miauu...



Kalau tak suka ikut boleh blahh. Salah seorang yang kena halau keluar dari dewan. Dushhh..amek ko lagi...



Sedikit cenderahati untuk Encik Joeharry, JPNIN WPKL oleh Timbalan Pengerusi KRT Encik Ngatemin dari KRT kami.



Juga sedikit cenderahati untuk Encik Hamim disampaikan oleh Pengerusi KRT.



Pembantu dari BTN JPM.





Gaya-gayanya macam dah nak balik. Tapi sebenarnya nak pergi mandi air terjun Sungai Gabai. Ermmm...waktu dah 4.40 petang, janji nak balik jam 6 petang. Apa lagi... moh ler...tapi gambar-gambar semasa mandi tidak di muat naik sebab nak jaga aib miker-miker semua... dushhh...



Wahhh... dah mandi rupanya, patut nampak segar. Cuba kira sendiri jumnlah semuanya ada 95 orang. Kalau gambar jauh sangat sila kira gambar yang paling bawah ni ...dah habis zoom tu beb...



Sampai masa menaiki bas kembali sebab waktu sudah 6:10 petang. Kalau lambat nanti terlanggar waktu maghrib pulak kan...



Ceewahh...sempat posing lagi si Nurzihan tu. Dia salah seorang AJK KRT kami. Di belakangnya tu yang berbaju hitam si Alang...perghhh...posing ayu gitu...




Nah amek ko... gambar terbesar dalam blog ini. Tua muda ada belaka. Semuga sambutan sebegini dapat diteruskan dalam lain-lain program yang akan datang.



dicatatkan oleh
Tok Wan
Bendahari KRT

Rabu, 6 Februari 2013

Januari 2013_Majlis Kesyukuran 3 Dalam 1

Program ini diadakan bersempena dengan sambutan 'Minggu Keagamaan Sedunia' yang berlansung dari 1 hingga 7 Januari setiap tahun.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad bin Haji Rumadi salah seorang Ahli Jawatankuasa KRT yang juga merupakan Setiausaha Jawatankuasa Surau Darulnaim.




Jamuan yang dihidangkan ialah Sate ayam dan daging beserta nasi himpit, meehoon Singapura dan teh "O'. Ermmm...dengar bunyi macam sedap jer...


Selesai makan, mesyuarat Jawatankuasa kali ke2 bagi tahun 2013 dimulakan bagi mengatur-urus beberapa program hadapan terutama program SEKATA anjuran bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) dan Biro Tata Negara serta PDRM.




Keputusan mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Program SEKATA pada 17 Febuari 2013 di Kawsan Rekreasi Air Terjun Sungai Gabai, Mukim Hulu Langat . Selangor Darul Ehsan dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Pengangkutan disediakan 2 buah bas untuk para peserta yang terdiri dari remaja dan ibubapa masing-masing.

Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa satu sistem Wifi akan dipasang di PPR Desa Tun Razak dengan kerjasama Rukun Tetangga dan semua AJK akan mendapat penggunaan wifi percuma yang boleh digunakan didalam Pejabat KRT atau kawasan berhampiran dengannya selagi liputan masih terdapat.

Bayaran dengan kadar murah untuk orang ramai gunakan ialah RM 30 untuk sebulan, RM 10 untuk 10 hari dan RM 5 untuk 48 jam. Hasil kutipan sebanyak 5% akan diageh-agehkan kepada KRT, Penjual Kupon Wifi dan tenaga pengurusan sistem Wifi tersebut*.


*bergantung kepada syarat dan terma dari masa kesemasa. 


Dicatatkan oleh Tok Wan. 
Bendahari KRT Desa Tun Razak

Khamis, 31 Januari 2013

Januari 2013_Pelancaran NBOS


Pengerusi KRT menemani Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional
Encik L Gandesan melakukan pemeriksaan perbarisan rondaan.



NBOS atau National Blue Ocean Strategy
dalam Rukun Tetangga Desa Tun Razak, bermaksud rondaan bersama
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Skim ini telah dibuat pelancarannya pada 30.1 berhadapan pintu masuk utama kawasan perumahan PPR Desa Tun Razak.


Encik L. Gandesan Timbalan Ketua Pengarah Rukun Tetangga Malaysia
telah melakukan pelancaran menggantikan Dato' Azman Amin yang tidak dapat hadir kerana terpaksa berada di kawasan Rukun Tetangga lain.


Pengarah Rancang Cawangan Provos Marsyal Angkatan Tentera Malysia, Kolonel Hj Ahmad Afandi bin Shuib turut memberikan ucapan alu-aluan dalam majlis pelancaran tersebut.


Pegawai NBOS dari 4 Divisyen Angkatan Tentera Malaysia,
Mejor Hj Zainal Abidin bin Abd Hamid (berbaju kuning cair duduk disebelah kanan dalam gambar) turut hadir menyaksikan majlis pelancaran.


Selepas melakukan pelancaran maka sebagai simbolik, peralatan rondaan seperti lampu picit, baton light dan rotan SRS disampaikan kepada anggota rondaan sambil berkenal-kenalan antara satu sama lain.








Selesai majlis pelancaran jamuan ringan dengan nasi lemak dan kopi 'O' yang disediakan oleh Jiran Wanita KRT Desa Tun Razak. Walaupun dikalangan jemputan terdiri dari pegawai atasan ATM dan PDRM namun jamuan 
VIP dan anggota peronda tetap sama, kedua-duanya dalam 
kotak dan cawan polystrene.


Nasi Lemak dan Kopi 'O' tetap menarik selera Norasyikin, 
pegawai JPNIN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini.


Begitu juga dengan Joe, salah seorang pegawai 
di Daerah Cheras JPNIN WP KL ini.


Sesi bergambar beramai-ramai sebelum pulang sehingga tak muat frame kamera. Kelihatan yang paling kecil berbaju warna biru itu adalah Puan Habibah Jaafar Pegawai Perpaduan Daerah Cheras. Kepala botak paling kiri ialah Ketua Peronda SRS Encik Ahmad Zaid.

Semuga rondaan sebegini dapat diteruskan bagi memantapkan hubungan antara ATM, PDRM dan SRS selain mengurangi kes jenayah terutama yang melibatkan komuniti setempat.



Dicatatkan oleh Tok Wan,
Bendahari KRT Desa Tun Razak

Selasa, 29 Januari 2013

Januari 2013_Mèsyuarat Persiapan Pelancaran NBOS


Mesyuarat Khas bagi membincangkan persediaan majlis pelancaran NBOS (National Blue Ocean Strategy) telah diadakan pada 28 Januari 2013 di Bilik Mesyuarat KRT. Semua AJK sesi 2013 hadir. Turut hadir ialah SM Noor dari Balai Polis Sg Besi (berbaju hitam dan berkaca mata disebelah kiri). Juga kelihatan dalam gambar ialah Pengerusi KRT berketayap putih dan disebelahnya bertudong putih ialah Puan Habibah Jaafar PPD Cheras.


Nampak gayanya seperti tak cukup tempat duduk sebab bilik mesyuarat KRT cuma boleh memuatkan seramai 24 orang AJK sahaja. Kerusi tambahan dibawa masuk bagi membolehkan semua yang hadir dapat duduk.


Beginilah suasana padat dalam bilik mesyuarat. Disebelah kanan SM Noor (yang memandang kamera dan berkaca mata) ialah Sarjan Rosli dari 1RAMD Sungai Besi sedang sibuk mencatat perkara yang sedang diperbincangkan.

Mesyuarat bermula jam 9.15 malam dan berakhir jam 11.15 malam. Memang itulah masa yang sesuai untuk bermesyuarat. Kalau lebih dari 2 jam bermakna  lebih banyak bercakap dari bermesyuarat.



Dicatatkan oleh Bendahari KRT

Ahad, 27 Januari 2013

Januari 2013_Sambutan Maulidur Rasul 1434



Program ini adalah anjuran bersama kesemua NGO's yang berada dalam kawasan perumahan PPR Desa Tun Razak, dengan Rukun Tetangga sebagai teraju utama.




Sebahagian Jawatankuasa gabungan Rukun Tetangga dan Surau Darul Naim sedabg bergotong royong memasak sarapan pagi dalam dewan orang ramai blok 8.


Sambutan ini telah diadakan pada 26.1 mulai jam 7.30 pagi dengan pendaftaran nama peserta-peserta bagi acara gotong royong. Selepas mendaftar para peserta diberi sarapan pagi mee hoon goreng dan teh 'O'. Kemudian berkumpul dihadapan pentas utama bagi acara selawat dan perasmian.


Selepas bersarapan selawat diketuai oleh Encik Baharudin bin Abdul Rahman. Kelihatan dalam gambar diatas pelajar KAFA serta ketua-ketua NGO's yang terlibat berada diatas pentas ketika berselawat.







Perasmian dilakukan oleh Dato' Rizalman bin Dato' Mokhtar. Selesai perasmian bunga pahar dicabut dan diberikan kepada semua Pengerusi2 NGO's yang terlibat dalam program ini. Kelihatan dalam gambar Pengerusi Rukun Tetangga Encik Abdul Wahab sedang memegang Bunga Pahar sementara Dato' Rizalman membahagi-bahagikan kepada semua Pengerusi Ngo's serta pelajar KAFA.


Sarapan sudah, selawat sudah bunga pahar pun sudah. Kini giliran mengambil peralatan gotong royong bagi memulakan kerja. Kerja-kerja pembersihan laluan kekanak untuk kesekolah serta laluan pejalan kaki menuju stesen LRT Tasek Selatan.


Inilah yang dinamakan perpaduan.


Biasalah orang pompuan kan....sebelum pi gotong royomng nak posing-posing dulu depan kamera, walhal orang lelaki dah nak habis kerja. adooii....jangan marah yek...


Baru nak ambil beg bagi mengisi sampah. Okey lah tu...


Tak mengapa....pagi masih awal. Kalau tak caya cuba perhatikan bayang matahari pada dinding bangunan dibelakang tu....arrr...kan dah kata dah !! Baru masuk waktu Dhuha.


Selesai gotong royong maka jamuan makan tengahari dengan1 ekor lembu masak gulai kawah serta 3 ekor kambing masak kari. Chef masaknya ialah Encik Jamal Rais, Jawatankuasa Surau Darul Naim. Selesai makan tengahari dan solat zohor maka Persembahan Marhaban oleh "Kumpulan Ummi Desa Tun Razak"


Selesai Persembahan Marhaban, sekali lagi "Kuiz Agama" diadakan untuk kekanak dengan soalan-soalan mudah. Memang mudah asal dapat hadiah. Dan hadiahnya ialah wang emas satu uncang untuk setiap jawapan yang betul. Kkelihatan dalam gambar dikiri ialah Jawatankuasa KRT Puan Zahara sedang menyampaikan uncang yang berisi wang emas kepada salah seorang pemenang dan diperhatikan oleh Bendahari KRT Encik Mohd Amin.



Bendahari KRT sedang mengemukakan soalan sementara Puan Zahara mempamerkan uncang yang berisi wang emas untuk dimenangi.


Sebahagian golongan dewasa yang menyelit dalam acara petang semasa Kuiz Agama diadakan. 

Program ini berlanjutan sehingga malam dimana pengisian mulai jam 9.15 malam ialah ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Razak bin Mustapha dari Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling dengan tajuknya ceramah "Pentingnya Menjaga Solat"

Program berakhir jam 11.00 malam.