Pengerusi KRT menemani Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional
Encik L Gandesan melakukan pemeriksaan perbarisan rondaan.
NBOS atau National Blue Ocean Strategy
dalam Rukun Tetangga Desa Tun Razak, bermaksud rondaan bersama
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Skim ini telah dibuat pelancarannya pada 30.1 berhadapan pintu masuk utama kawasan perumahan PPR Desa Tun Razak.
Encik L. Gandesan Timbalan Ketua Pengarah Rukun Tetangga Malaysia
telah melakukan pelancaran menggantikan Dato' Azman Amin yang tidak dapat hadir kerana terpaksa berada di kawasan Rukun Tetangga lain.
Pengarah Rancang Cawangan Provos Marsyal Angkatan Tentera Malysia, Kolonel Hj Ahmad Afandi bin Shuib turut memberikan ucapan alu-aluan dalam majlis pelancaran tersebut.
Pegawai NBOS dari 4 Divisyen Angkatan Tentera Malaysia,
Mejor Hj Zainal Abidin bin Abd Hamid (berbaju kuning cair duduk disebelah kanan dalam gambar) turut hadir menyaksikan majlis pelancaran.
Selepas melakukan pelancaran maka sebagai simbolik, peralatan rondaan seperti lampu picit, baton light dan rotan SRS disampaikan kepada anggota rondaan sambil berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Selesai majlis pelancaran jamuan ringan dengan nasi lemak dan kopi 'O' yang disediakan oleh Jiran Wanita KRT Desa Tun Razak. Walaupun dikalangan jemputan terdiri dari pegawai atasan ATM dan PDRM namun jamuan
VIP dan anggota peronda tetap sama, kedua-duanya dalam
kotak dan cawan polystrene.
Nasi Lemak dan Kopi 'O' tetap menarik selera Norasyikin,
pegawai JPNIN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini.
Begitu juga dengan Joe, salah seorang pegawai
di Daerah Cheras JPNIN WP KL ini.
Sesi bergambar beramai-ramai sebelum pulang sehingga tak muat frame kamera. Kelihatan yang paling kecil berbaju warna biru itu adalah Puan Habibah Jaafar Pegawai Perpaduan Daerah Cheras. Kepala botak paling kiri ialah Ketua Peronda SRS Encik Ahmad Zaid.
Semuga rondaan sebegini dapat diteruskan bagi memantapkan hubungan antara ATM, PDRM dan SRS selain mengurangi kes jenayah terutama yang melibatkan komuniti setempat.
Dicatatkan oleh Tok Wan,
Bendahari KRT Desa Tun Razak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan