Program ini mempunyai 3 fasa, dan fasa 1 akan dimulakan pada 16.3 yang mengandungi bahagian pengenalan. Kandungan fasa 1 ialah Demontrasi Mengadun serta memasak Omma Podi yang dibuat di Pondok Wakaf berhampiran Blok 02 perumahan ini. Dua buah khemah dipasang bagi orang-ramai yang hadir menyaksikan demontrasi itu.
Pengerusi KRT Encik Abdul Wahab Mohamad sedang menyampaikan beberapa amanat kepada wanita-wanita yang menghadiri bengkel tersebut.
Empat (4) orang tukang masak yang mahir menunjukkan cara mengadun bahan-bahan untuk dibuat Omma Podi kemudian menunjukkan cara memasaknya. Selepas semua tukang masak siap memasak kesemua Omma Podi maka orang ramai yang hadir diberi rasa setiap Omma Podi tersebut. Ia bertujuan untuk mencari Omma Podi yang manakah yang paling sesuai (sedap) untuk dijadikan resepi kepunyaan Rukun Tetangga yang kemudiannya resepi itu akan dikembangkan bagi di komersilkan.
Puan Suhana Sabrah mewakili AJK Jiran Wanita menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum demontrasi dimulakan.
Dengan cara ini individu yang berminat untuk menambah pendapatan isi-rumah boleh melibatkan diri dalam fasa ke 2 yang akan menyusul tidak lama selepas fasa pertama dimana mereka akan dibekalkan adunan yang telah siap diadun mengikut resepi RT untuk dibawa balik kerumah dan memasaknya dirumah pada waktu lapang.
Puan Chandra bersama pembantunya Cik Malini, salah seorang tukang masak yang dijemput membuat demontrasi sedang mengadun adunan Omma Podi sementara Encik Abdul Wahab memberi penjelasan dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman.
Adunan dipicit masuk kedalam kuali yang sedang panas. Saiz adalah yang terkecil. Besar sedikit dari Mee Hoon dan kecil sedikit dari Mee Kuning. Boleh kata saiznya bersamaan mee kuning dibelah 3.
Selepas memasak, mereka akan menghantar hasil masakan Omma Podi tersebut untuk dinilai oleh RT. Masakan yang sesuai untuk di komersil (dijual) akan dibayar upahnya. Hasil pengumpulan Omma Podi yang dibawa datang semula ke RT akan di bungkus dan akan dibuat edaran atau jualan.
Sebahagian kaum wanita yang begitu tekun melihat demontrasi masakan dengan kertas ditangan tanda mereka menyalin resepi yang diberitahu. Ermmm... sambutan Hari Raya Aidl Fitri depan ni akan ada Omma Podi atas meja mereka ini.
Bahagian seterusnya ialah fasa ke 3 dimana proses jualan serta promosi jualan akan di lakukan oleh Jawatankuasa yang telah diberi tanggungjawab untuk perlaksanaan program tersebut. Sudah pastinya setiap pergerakan dan perjalanan bagi tujuan promosi dan jualan akan dibayar mengikut komisyen yang akan ditetapkan oleh RT kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan