KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Khamis, 11 Oktober 2012

October 2012_Tetangga Kita


Titian kaseh sesama anggota keluarga harus juga di ambil perhatian. Begitu juga dengan agensi Rukun Tetangga memandang perkara ini sebagai salah satu cara menanam 'Nilai-nilai Murni' dalam hubungan keluarga serta masyarakan kejiranan. Untuk itu satu program yang dinamakan 'Tetangga Kita' telah diadakan pada 4.10.2012.


Pendaftaran


Kerusi Muzik ialah anak dan ibu diikat tangan, apabila muzik dihentikan si Ibu akan membenarkan anak saja yang duduk, disitu berlaku tolakan yang membuatkan timbulnya kemesraan dalam keluarga itu sendiri.


Pengacara Majlis atau MC En Mohd Amin selaku Bendahari KRT ditemani 2 orang gadis sunti, peminatnya barangkali.


Sebahagian peserta yang menanti giliran atau sekadar menjadi pemerhati.


Pertandingan Anak Solek Ibu






Beberapa orang petugas sedang berbincang.


 Selalunya dalam pertandingan mewarna, anak-anak akan mewarna dan ibu-ibu pula sibuk memberi arahan itu dan ini. Oleh kerana kekerapan yang sedemikian maka kali ini ditukarkan pula kepada ibu mewarna dan anak-anak mengarahkan itu ini. Nahh...ambek ko..!


Arr...jangan lupa tulis nama dulu Mak oii... kata anaknya.


En Ngah Abdul Rahman sedang memantau para peserta pertandingan mewarna, mana tau kalau-kalau ada anak yang mendera ibu-ibu mereka kerana lambat menyiapkan kerja mewarna. Hu hu...


Ini pula pertandingan menggosok pakaian. Ada 4 soket elektrik serta 4 buah sterika untuk digunakan. Pertandingan secara bergilir-gilir sebab pesertanya ramai.


Acara terakhir ialah Pertandingan Tumbok Sambal Belacan. Penganjur cuma menyediakan cili masak, cili api dan garam. Batu tumbok dan belacan serta lain-lain herba bawa sendiri.


Ada yang bawa limau nipis, ada yang bawa limau kasturi dan ada yang bawa lemon. Sudah tentu rasanya juga berbagai-bagai, ini yang membuatkan pengadil pedih lidah untuk merasa semua sambal belacan itu dan kena tentukan yang mana paling sedap. Adooiii... pijau lidah pengadil.


Semua Pengerusi-pengerusi NGO yang berada dalam kawasan perumahan ini dijemput bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang secara bergilir-gilir. Tujuan utamanya ialah untuk menjalin titian kaseh sesama NGO.


Yang pasti semua hadiah berupa hamper yang memuaskan hati setiap pemenang. Dan johan kategori tumbok sambal belacan menerima sebuah Trophi. Adehhh.. tak pernah di buat orang.


Rabu, 18 Julai 2012

Julai 2012_Sempena Minggu Perpaduan

Program ini diadakan sempena Sambutan Minggu Perpaduan.


3 acara dipertandingkan bagi disertai oleh kekanak Tadika, yakni;



1. Pertandingan Mewarna

Ia disertai oleh 80 orang kekanak dari 4 buah kelas Tadika Perpaduan yang berada dibawah penyelarasan KRT ini.

Pertandingan diadakan didalam dewan orang ramai yang terdapat di blok 8 kawasan perumahan.






Salah seorang AJK KRT yang juga Ahli Jiran Wanita sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mewarna.



2. Pertandingan Pakaian Beragam

Pertandingan ini disertai lebih dari 30 orang kekanak terbuka kepada Kelas Tadika Perpaduan dan Tadika-tadika lain yang beroperasi dalam kawasan perumahan ini.


Sesi pendaftaran dan menerima arahan untuk penggiliran naik ke pentas sedang dilakukan dengan kerjasama Gugu-guru serta Pembantu Guru Kelas Tadika Perpaduan.


Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Tadika Perpaduan En Mohd Amin Ibrahim merangkap Bendahari KRT sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat ke 2 bagi Pertandingan Pakaian Beragam.


Pemenang tempat Pertama Pertandingan Pakaian Beragam sedang menerima hadiah.



3. Pertandingan Bercerita

Tidak ramai yang berani bercerita dalam Pertandingan bercerita. Namun penyertaan dengan cerita yang sangat kelakar terpaksa membuat semua yang hadir ketawa disertai puyla dengan pakaian yang di kenakan ketika bercerita.


Salah seorang peserta sedang bercerita.


Yang ini pula bercerita dengan ditemani oleh adek lelaki yang melagukan nyanyian sebagai iringan cerita. Adooii...macam-macam...


Pemenang tempat ke 2 Pertandingan Bercerita dengan kostumnya.


Inilah johan Pertandingan Bercerita yang membuatkan semua orang yang hadir ketawa berdekah-dekah.

Rabu, 11 Julai 2012

Julai 2012_Saringan Tibi & Kanser

Menyedari pentingnya penjagaan kesihatan terutama bagi mengesan penyakit tibi dan kanser yang amat berbahaya maka KRT Desa Tun Razak menghadakan satu program yang dinamakan 'Saringan Tibi & Kanser' pada 7.7.2012.


Program ini diadakan dengan kerjasama Panel Penasihat Kesihatan Bandar Tun Razak.


Proses pendaftaran sebelum saringan awal dilakukan dan peserta yang menjalani saringan diberikan hadiah seperti yang kelihatan dalam gambar ini (atas meja berhampiran tingkap).


Memeriksa tekanan darah (blood pressure)


Seperti biasa kaum India serta Cina tetap akan melibatkan diri.


Petugas dari Panel Penasihat Kesihatan sedang memberikan taklimat pengenalan berkenaan penyakit Tibi dan Kanser kepada para peserta yang melibatkan diri dalam saringan itu.


Salah seorang sukarelawan Panel Penasihat Kesihatan menceritakan pengalaman dari amalan kesihatan yang sambil lewa yang dijalaninya suatu masa dulu mengakibatkan sehingga kaki kanannya terpaksa dipotong akibat (kanser) barah tulang.

Pengalaman suka-dukanya itu dikongsikan dalam sesi pengalaman bersama peserta yang telah mendaftar sementara menunggu sesi saringan.

Bersama saringan itu juga diadakan pameran serta penerangan bahaya penyakit Tibi serta Kanser.


Khamis, 12 April 2012

April 2012_Gotong Royong

Program Gotong Royong 2012 telah diadakan dengan kerjasama anggota SRS dan anggota PDRM dari Balai Polis Sungai Besi pada 8 April 2012.


Lokasi utama gotong royong ini ialah bahagian tangga menuju sekolah. Laluan pejalan kaki ini adalah melintasi jejantas MRR2 berhampiran Desa Tun Razak. Ia adalah jalan utama kekanak sekolah rendah dan menangah berulang-alek ke sekolah setiap hari.


Pengerusi Rukun Tetangga KRT Desa Tun Razak En Abdul Wahab Mohamad sedang memberi ucapan dalam pejabat KRT sebelum gotong-royong di mulakan. 


2 orang anggota PDRM dari Balai Polis Sungai Besi dan SM Noor disebelah kanan yang mewakili OCS Chantren semasa jamuan ringan sebelum gotong-royong dilakukan.


Antara 4 hingga ke 5 orang di tempatkan dalam satu kawasan supaya kerja pembersihan kawasan gotong-royong lebih mudah.






SM Noor bersama-sama salah seorang anggota RELA dan Pengerusi KRT berada adalam satu kawasan gotong-royong.

Rabu, 8 Februari 2012

Febuari 2012_Maulidur Rasul 1433



Sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 pada 5 Febuari 2012, KRT ini lagi sekali mengadakan sambutan dengan melalukan perarakan sambil berselawat mengelilingi kawasan perumahan PPR Desa Tun Razak.

Perarakan dimulakan dengan basikal roda tiga yang membawa alat siaraya untuk memperdengarkan bacaan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. agar dapat didengar oleh semua yang menyertai perarakan tersebut.

Sambutan ini diadakan dengan gabongan Surau Darul Naim, Persatuan Penduduk serta RELA Platun 0052 dan Platon 0053. 


Perarakan bermula dari Surau Darul Naim dan beraakhir di Surau semula serta di ikuti dengan ceramah agama serta jamuan makan tengah-hari dan solat zohor berjemaah.




Dalam apapun majlis tanpa kekanak pasti tidak meriah. Begitu juga sambutan Maulidur Rasul kali ini dimana kekanak diberi keutamaan untuk makan terlebih dahulu sementara orang dewasa makan kemudian.

Khamis, 26 Januari 2012

Januari 2012_Pesta Ponggal

Awal tahun 2012 KRT Desa Tun Razak telah mengadakan program 'Pesta Ponggal' dimana dalam pesta ini diadakan pertandingan memasak ponggal.

Boleh dikatakan setiap bulan KRT Desa Tun Razak mengadakan aktiviti dalam pelbagai corak yang dapat disertai berbagai lapisan umur serta masyarakat. Dan seperti biasa kami lebih suka mengadakan program yang dapat memperlihatkan penglibatan pelbagai kaum, sesuai dengan motto kita yakni;
'Membudayakan Perpaduan Meraikan Kepelbagaian'.

Sebagai pembukaan tahun 2012 kami sempat mengadakan program Ponggal yakni sejenis masakan kaum India. Program ini telah diadakan pada 22 Januari 2012.


Pengerusi KRT Encik Abdul Wahab Mohamad tidak ketinggalan mengambil kesempatan memasang api untuk memulakan pertandingan memasak ponggal.


Orang kuat PPP diberi peluang menghidupkan api tanda bermulanya pesta memasak untuk ponggal.


Keluarga dari kaum Melayu juga mengambil bahagian dalam pertandingan memasak yang diadakan ini.








Beginilah keadaan dari pandangan jauh kelihatan deretan peserta-peserta memasak ponggal. Dari jauh juga kelihatan asap dari api masakan tersebut yang menggunakan kayu sebagai bahan bakar.