KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Rabu, 11 Disember 2013

Dis 2013_ Jiranku Rakanku

Sempena dengan tarikh yang cukup comel yakni 11.12.13. Rukun Tetangga Desa Tun Razak mengadakan program yang dinamakan Jiranku Rakanku. Berdasarkan tajuk program pastinya ianya menggambarkan jalinan perpaduan antara jiran. Memang jiranlah yang paling rapat dengan kita dan jiranlah yang lebih awal sampai kerumah kita jika berlaku kematian atau kesusahan.




Namun tafsiran yang diterjemahkan kedalam program ini melibatkan cabang Tunas Jiran sempena dengan cuti persekolahan pula. Inisiatif ini digunakan bagi mengadakan pertandingan Rounders bagi yang berumur dari 7 tahun hingga 13 tahun.




Pertandingan diadakan atas kawasan rumput sebaik sahaja hujan berhenti. Pada permulaan pertandingan rumput maseh kelihatan hijau warnanya.




Namun selepas dua perlawanan berlansung keadaan rumput alah oleh lecah dan becak dek air juhan yang maseh bertakong.




Hadiah-hadiah disampaikan kepada pemenang pada sebelah malam di Pos NBOS selepas semuanya balik mandi terlebih dahulu dan tukar pakaian yang bersih, maklomlah main rounders dalam becak.




Kelihatan dalam gambar Pengerusi KRT Encik Abdul Wahab Mohamad menyampaikan sedikit ucapan sebelum penyampaian hadiah kepada pemenang.




Kepada yang tidak menang pun dapat hadiah melalui soalan-soalan kuiz mudah yang dikemukakan. Hadiah-hadiah merupakan barangan serta alat-tulis untuk persediaan buka sekolah.



Inilah Abang Alang salah seorang tenaga di KRT kami yang menggerakkan kegiatan Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT. Dalam program kali ini Alang berperanan sebagai Ketua Pengadil.






Sambil menikmati jamuan ringan berupa Airbatu Bandong dan kueh Karipap dan donut hadiah-hadiah disampaikan secara santai.

Semuga tahun 2014 kami dapat mengadakan program perkhemahan yang diidam-idamkan anak-anak dalam Tunas Jiran kami ini. Dijangkakan ramai yang seronok ikut serta dalam program perkhemahan musim cuti sekolah tahun depan. Insya Allah

Ahad, 17 November 2013

Nov 2013_ Keselamatan Kejiranan


Program ini telah dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia JPAM dan Polis Di Raja Malaysia PDRM.



Pengisian program yang berjalan mulai jam 8:30 pagi hingga
jam 12:30 tengahari itu meliputi ceramah keselamatan dan
beberapa demontrasi oleh JPAM dan PDRM.

Kelihatan dalam gambar diatas Pengerusi Rukun Tetangga sedang mencuba kaedah memadam kebakaran menggunakan selimut yang dibasahkan dengan di perhatikan oleh anggota JPAM.



Kopral Mujahid salah seorang anggota dari JPAM sedang memberikan ceramah keselamatan diatas pentas.



Sebahagian penduduk yang hadir bersama ketua-ketua NGO yang lain termasuk anggota SRS Desa Tun Razak.



Demontrasi menangkap ular oleh JPAM menjadi tarikan utama kepada penduduk yang hadir terutama kekanak.



SM Mohd Noor anggota PDRM dari Balai Polis Sungai Besi memberikan ceramah keselamatan mengikut pandangan kepolisian.



Inspektor Hanita anggota PDRM dari Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras bahagian Hal Ehwal Awam sedang menyampaikan tips kepada penduduk bagaimana mengelakkan diri dari menjadi mangsa ragut.



Demontrasi ragut oleh anggota-anggota PDRM dari Balai Polis Sungai Besi memberikan gambaran sebenar keadaan peragut serta mangsa ragut.



Bergambar beramai-ramai dengan ular sawa.



Walaupun majlis sudah selesai namun sikap kekanak yang ingin tahu menjadikan mereka mengerumi ular yang dibawa oleh JPAM.


Cenderahati dari KRT untuk PDRM, JPAM dan JPNIN


Melalui program sebegini penduduk dapat mengetahui lebih maklumat tentang tugas anggota PDRM dan JPAM khususnya.

Semuga ianya bermunafa'at.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Ogos 2013_ Perjumpaan Hari Raya


Satu majlis Perjumpaan Hari Raya telah diadakan di Pos NBOS 
PPR Desa Tun Razak pada 27 Ogos 2013.


Walaupun ia dinamakan Perjumpaan Hari Raya tetapi ia sebenarnya lebih kepada perjumpaan AJK dan Anggota SRS untuk kenal-mengenali dengan lebih dekat. Maklum saja apabila waktu meronda bukan kesemuanya dapat bertemu. Dengan adanya majlis sebegini maka dapatlah semuanya berhimpun.


Bukan sekadar berhimpun dan makan sambil kenal-mengenali. Bahkan pandangan serta idea-idea baru di kemukakan oleh Anggota SRS yang hadir bagi menambahbaikan pertadbiran SRS yang sedia ada. Antara kepuitusan yang dicapai ialah persetujuan bagi mengadakan perjumpaan bulanan pada setiap hari selasa minggu terakhir.


Salah seorang Anggota SRS sedang memberikan pandapngan serta pendapat guna memperelok SRS disini.




dicatatkan oleh Bendahari KRT



Sabtu, 27 Julai 2013

Julai 2013_Ubahsuai Pos Kawalan NBOS

Di pintu masuk kawasan perumahan PPR Desa Tun Razak terdapat sebuah Pos Kawalan yang dikendalikan oleh SRS Desa Tun Razak. Kawalan SRS ini kemudian dinaik taraf menjadi NBOS yakni rondaan SRS 
bersama ATM dan PDRM. 


Pos Kawalan NBOS pada bulan Febuari 2013 cuma berukuran 8 x 8 kaki manakala khemah disebelahnya diberi pinjam oleh DBKL untuk tempoh 1 minggu sahaja.


Dalam bulan April 2013 kami telah mengecat Pos tersebut
dengan warna NBOS, biru laut. Kemudian pada awal bulan Mei (bulan Pilihanraya ke 13) Ahli Parlimen yang bertanding telah menyumbangkan sebuah khemah kepada kami. Gambar khemah dalam gambar 
dibawah pada sebelah kanan.


Mulai pertengahan bulan Mei 2013 kontraktor DBKL telah memulakan kerja pembessaran dan naik-taraf Pos Kawalan tersebut.






Menjelang Julai 2013 bersamaan dengan bulan Ramadhan Pos Kawalan ini sudah siap 90% cuma bekalan elektriknya belum sempurna.


Seperti lazimnya tiap-tiap pertengahan bulan Julai kita memasang bendera bagi menyambut Bulan Kemerdekaan. Pos kawalan sudah dilengkapi dengan bendera serta pasu bunga.


Sementara menanti ketibaan Hari Raya Aidil Fitri Pos Kawalan ini juga berfungsi sebagai tempat membayar fitrah. Kelihatan dalam gambar dibawah Amil yang dilantik sedang melakukan akad.


Apabila tiada orang yang membayar fitrah maka duduklah berbual berkenaan persiapan Hari Raya yang bakal tiba.


Amil yang memakai baju Baitulmal itu ialah Setiausaha SRS, Tuan Haji Ahmad Rumadi yang juga merupakan salah seorang AShli Jawatankuasa KRT kami.

Terima kaseh DBKL
dan
Selamat Hari Raya.



dicatatkan oleh
Bendahari KRT

Selasa, 9 Julai 2013

Julai 2013_Majlis Doa Selamat


Satu majlis Doa Selamat diadakan di Pos NBOS pada 7 Julai 2013 bersempena
kedatangan bulan Ramadhan.


Majlis ini juga merupakan kesyukuran kerana Pos NBOS sudah siap dibesarkan oleh kontrektor DBKL yang dilantik.


Seperti biasa dalam majlis-majlis yang diadakan oleh KRT ini maka kaum yang lain yang bukan beragama Islam akan turut hadir bersama-sama
memeriahkan majlis.





Dicatatkan oleh Bendahari KRT





Sabtu, 15 Jun 2013

June 2013_Kursus Pengurusan Jenazah


Jawatankuasa Jiran Usia Emas KRT Desa Tun Razak yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad bin Haji Rumadi telah menyusun satu program bersama dengan Jawatankuasa Surau Darul Naim PPR Desa Tun Razak untuk mengadakan satu 'Kursus Pengurusan Jenazah' pada 15hb June 2013 di Surau Darul Naim mulai jam 9:30 pagi dan berakhir jam 12:30 tengahari.

Program ini terbuka kepada lelaki dan wanita tanpa mengira had umur. namun penglibatan adalah terhad kepada 50 orang sahaja kerana dikhuatiri jika lebih penumpuan tidak dapat diberikan dan hasil serta matlamat program bagi melahirkan lebih ramai Pak Bilal serta Mak Bilal untuk menguruskan jenazah meleset dari sasaran. Walau bagaimana pun peserta telah melebihi sasaran. Jumlah yang hadir ialah 78 orang. Kesemuanya diterima.


Ustaz Amin memulakan sesi penerangan.

Program ini juga melibatkan dua tenaga pengajar dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Ustaz Amin dan Ustazah Rozeeta.


Sebahagian peserta lelaki dan wanita dalam dewan solat Surau Darul Naim mendengar taklimat awal dari Ustaz Amin.

Bagi melakukan praktikal peserta lelaki dibawa keluar dari dewan solat.

Ustazah Rozeeta menunjukkan cara penyediaan kain kafan.

Ustazah Rozeeta meneruskan praktikal untuk pengurusan jenazah wanita di ruang solat wanita, yakni bahagian sebekah kiri surau.

Menyediakan kain kafan.

Ustaz Amin meneruskan praktikal pengurusan jenazah lelaki dengan Encik Jazlan sebagai jenazah sukarela.

Sebahagian anak muda yang menjadi peserta sedang makan Nasi Tomato secara berjemaah di ruang luar Surau Darul Naim.

Ustaz Amin sedang menikmati hidangan tengahari sambil menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh Setiausaha Rukun Tetangga Encik Rosli Yaacob.


Dibawah ini ialah rakaman video kursus tersebut dengan
lagu latarnya bertajuk Selimut Putih.
Selamat Menonton.



Semuga mendapat iktibar.