KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Ahad, 27 Januari 2013

Januari 2013_Sambutan Maulidur Rasul 1434



Program ini adalah anjuran bersama kesemua NGO's yang berada dalam kawasan perumahan PPR Desa Tun Razak, dengan Rukun Tetangga sebagai teraju utama.




Sebahagian Jawatankuasa gabungan Rukun Tetangga dan Surau Darul Naim sedabg bergotong royong memasak sarapan pagi dalam dewan orang ramai blok 8.


Sambutan ini telah diadakan pada 26.1 mulai jam 7.30 pagi dengan pendaftaran nama peserta-peserta bagi acara gotong royong. Selepas mendaftar para peserta diberi sarapan pagi mee hoon goreng dan teh 'O'. Kemudian berkumpul dihadapan pentas utama bagi acara selawat dan perasmian.


Selepas bersarapan selawat diketuai oleh Encik Baharudin bin Abdul Rahman. Kelihatan dalam gambar diatas pelajar KAFA serta ketua-ketua NGO's yang terlibat berada diatas pentas ketika berselawat.







Perasmian dilakukan oleh Dato' Rizalman bin Dato' Mokhtar. Selesai perasmian bunga pahar dicabut dan diberikan kepada semua Pengerusi2 NGO's yang terlibat dalam program ini. Kelihatan dalam gambar Pengerusi Rukun Tetangga Encik Abdul Wahab sedang memegang Bunga Pahar sementara Dato' Rizalman membahagi-bahagikan kepada semua Pengerusi Ngo's serta pelajar KAFA.


Sarapan sudah, selawat sudah bunga pahar pun sudah. Kini giliran mengambil peralatan gotong royong bagi memulakan kerja. Kerja-kerja pembersihan laluan kekanak untuk kesekolah serta laluan pejalan kaki menuju stesen LRT Tasek Selatan.


Inilah yang dinamakan perpaduan.


Biasalah orang pompuan kan....sebelum pi gotong royomng nak posing-posing dulu depan kamera, walhal orang lelaki dah nak habis kerja. adooii....jangan marah yek...


Baru nak ambil beg bagi mengisi sampah. Okey lah tu...


Tak mengapa....pagi masih awal. Kalau tak caya cuba perhatikan bayang matahari pada dinding bangunan dibelakang tu....arrr...kan dah kata dah !! Baru masuk waktu Dhuha.


Selesai gotong royong maka jamuan makan tengahari dengan1 ekor lembu masak gulai kawah serta 3 ekor kambing masak kari. Chef masaknya ialah Encik Jamal Rais, Jawatankuasa Surau Darul Naim. Selesai makan tengahari dan solat zohor maka Persembahan Marhaban oleh "Kumpulan Ummi Desa Tun Razak"


Selesai Persembahan Marhaban, sekali lagi "Kuiz Agama" diadakan untuk kekanak dengan soalan-soalan mudah. Memang mudah asal dapat hadiah. Dan hadiahnya ialah wang emas satu uncang untuk setiap jawapan yang betul. Kkelihatan dalam gambar dikiri ialah Jawatankuasa KRT Puan Zahara sedang menyampaikan uncang yang berisi wang emas kepada salah seorang pemenang dan diperhatikan oleh Bendahari KRT Encik Mohd Amin.



Bendahari KRT sedang mengemukakan soalan sementara Puan Zahara mempamerkan uncang yang berisi wang emas untuk dimenangi.


Sebahagian golongan dewasa yang menyelit dalam acara petang semasa Kuiz Agama diadakan. 

Program ini berlanjutan sehingga malam dimana pengisian mulai jam 9.15 malam ialah ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Razak bin Mustapha dari Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling dengan tajuknya ceramah "Pentingnya Menjaga Solat"

Program berakhir jam 11.00 malam.

Sabtu, 29 Disember 2012

Disember 2012_Kejohanan Dodgeball Terbuka Detura

Program menutup tirai 2012 adalah sukan dodgeball dimana KRT telah menganjurkan "Kejohanan Dodgeball Terbuka Detura" pada 29 Disember 2012.


Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Tuan haji Abdul Karim bin Abu Seman telah turut hadir dalam kejohanan tersebut serta merasmikan kejohanan.



Tuan Haji Abdul Karim bin Abu Seman, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berbaju batek duduk ditengah dan diapit oleh Puan Habibah Jaafar, Pegawai Perpaduan Daerah Cheras serta Pengerusi KRT Desa Tun Razak En Abdul Wahab Mohamad bergambar selepas majlis perasmian.



Sebahagian peserta yang mengambil bahagian bergambar sebelum kejohanan dimulakan.


Sebahagian peserta kejohanan sedang mendengar mandat dari Pengarah JPNIN WPKL sewaktu ucapan perasmian.


Sebanyak 12 kumpulan yang mewakili KRT, Kelab sukan serta Kolej menertai kejohanan sehari tersebut.

Khamis, 27 Disember 2012

Disember 2012_Jalinan Mesra (Makan Malam)

Sebagai mengenang jasa Ahli-ahli Jawatankuasa yang akan tergugur sebagai Jawatankuasa 2011/2012 maka diadakanlah satu jamuan makan malam dan diberi tajuk "Jalinan Mesra"


Dinamakan Jalinan Mesra kerana inilah julong kalinya KRT ini mengadakan jamuan makan malam khas untuk AJK dan anggota SRS bagi membawa keluarga masing-masing bersama. Disitulah 'Jalinan Mesra' terjalin walau cuma sedikit.










Puan Norasyikin mewakili Pengarah JPNIN WPKL sedang memberikan ucapan alu-aluan dalam majlis makan malam tersebut.




10 hamper buah-buahan tempatan sebagai hadiah cabutan bertuah berdasarkan nombor kedatangan dalam buku kedatangan. Pastinya lain dari yang lain.


Kegembiraan tergambar diwajah walau belum cukup dewasa untuk mengenal  makna perpaduan.


Baru darjah 5 kata salah seorang gadis sunti dari anggota keluarga yang hadir majlis tersebut.


Puan Norasyikin menerima saguhati berupa sehelai tuala mandi yang disulam dengan logo Rukun Tetangga. Sebenarnya bukan dia seorang saja yang dapat cenderahati itu tetapi semua AJK serta Anggota SRS yang aktif turut menerima tuala tersebut sebagai kenang-kenangan tahun 2012.

Rabu, 21 November 2012

November 2012_ Tazkirah & Lagu


Bagi meraikan kedatangan awal Muharam KRT ini telah mengadakan satu program ceramah agama disertai dengan hiburan muzik dan nyanyian lagu-lagu berunsur dakwah. 


Ustaz Abdullah Mahmud yang terkenal dengan perubatan Syifa sedang memberi penerangan berkenaan Saka. Majlis ini diadakan secara santai dimana setiap 15 minit ceramah diselang dengan sebuah lagu dan diselang dengan jamuan seperti yang dapat dilihat atas meja dibelakang Ustaz Mahmud itu.


Afif Tirza salah seorang oeserta Akedemi Fantasia ke 9 sedang menyampaikan nyanyiannya diiringi oleh pemuzik 'Cucu Band'.


Rehat seketika untuk kemudian disambung tazkirah dan lagu lagi.



Elyas Shah turut menyampaikan beberapa buah lagu dalam majlis tersebut.


Dan sebelum menutup majlis, beberapa barangan perubatan Syifa di pamerkan untuk di beli oleh sesiapa yang berhajat. Antara barangan yang di bawa ialah Madu Lebah dan Cuka Nipah, dua amalan sunnah.

Khamis, 11 Oktober 2012

October 2012_Tetangga Kita


Titian kaseh sesama anggota keluarga harus juga di ambil perhatian. Begitu juga dengan agensi Rukun Tetangga memandang perkara ini sebagai salah satu cara menanam 'Nilai-nilai Murni' dalam hubungan keluarga serta masyarakan kejiranan. Untuk itu satu program yang dinamakan 'Tetangga Kita' telah diadakan pada 4.10.2012.


Pendaftaran


Kerusi Muzik ialah anak dan ibu diikat tangan, apabila muzik dihentikan si Ibu akan membenarkan anak saja yang duduk, disitu berlaku tolakan yang membuatkan timbulnya kemesraan dalam keluarga itu sendiri.


Pengacara Majlis atau MC En Mohd Amin selaku Bendahari KRT ditemani 2 orang gadis sunti, peminatnya barangkali.


Sebahagian peserta yang menanti giliran atau sekadar menjadi pemerhati.


Pertandingan Anak Solek Ibu






Beberapa orang petugas sedang berbincang.


 Selalunya dalam pertandingan mewarna, anak-anak akan mewarna dan ibu-ibu pula sibuk memberi arahan itu dan ini. Oleh kerana kekerapan yang sedemikian maka kali ini ditukarkan pula kepada ibu mewarna dan anak-anak mengarahkan itu ini. Nahh...ambek ko..!


Arr...jangan lupa tulis nama dulu Mak oii... kata anaknya.


En Ngah Abdul Rahman sedang memantau para peserta pertandingan mewarna, mana tau kalau-kalau ada anak yang mendera ibu-ibu mereka kerana lambat menyiapkan kerja mewarna. Hu hu...


Ini pula pertandingan menggosok pakaian. Ada 4 soket elektrik serta 4 buah sterika untuk digunakan. Pertandingan secara bergilir-gilir sebab pesertanya ramai.


Acara terakhir ialah Pertandingan Tumbok Sambal Belacan. Penganjur cuma menyediakan cili masak, cili api dan garam. Batu tumbok dan belacan serta lain-lain herba bawa sendiri.


Ada yang bawa limau nipis, ada yang bawa limau kasturi dan ada yang bawa lemon. Sudah tentu rasanya juga berbagai-bagai, ini yang membuatkan pengadil pedih lidah untuk merasa semua sambal belacan itu dan kena tentukan yang mana paling sedap. Adooiii... pijau lidah pengadil.


Semua Pengerusi-pengerusi NGO yang berada dalam kawasan perumahan ini dijemput bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang secara bergilir-gilir. Tujuan utamanya ialah untuk menjalin titian kaseh sesama NGO.


Yang pasti semua hadiah berupa hamper yang memuaskan hati setiap pemenang. Dan johan kategori tumbok sambal belacan menerima sebuah Trophi. Adehhh.. tak pernah di buat orang.