KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Khamis, 26 Disember 2013

Disember 2013_Perjumpaan Bulanan

Perjumpaan Bulanan SRS di KRT ini diadakan setiap bulan. Ia dipersetujui diadakan pada hari selasa tiap-tiap hujung bulan, oleh kerana bulan disember mempunyai 31hb selasa terakhir maka tarikh perjumpaan dipinda ke 24hb Disember sebagai perjumpaan akhir tahun 2013 kerana malam 31 Disember mempunyai banyak agenda yang akan dihadiri oleh individu samaada bujang maupun yang sudah berumah-tangga.


Pengerusi KRT Encik Abdul Wahab bin Mohamad selaku Penasihat Skim SRS memberikan ucapan pembukaan.


Seramai 48 orang anggota SRS yang hadir pada perjumpaan kali ini. Jumlah anggota pada hari ini ialah 83 orang.



Sebahagian juadah dibawa oleh anggota SRS dan sebahagian lagi disediakan oleh Rukun Tetangga.


Kueh Karipap dan Roti Jala memang menjadi pilihan.


Berbaju biru dalam gambar ialah pegawai JPNIN Daerah Cheras Encik Juhairy bersama-sama  menikmati juadah.





Tiba masa untuk melakukan rondaan, Ketua Peronda yang bertugas pada malam tersebut memulakan tugas dengan memberi taklimat kepada semua anggota yang bertugas termasuk seorang dari PDRM Balai Polis Sg Besi dan seorang dari ATM Kem 1 Melayu Sg Besi.




Seperti biasa jamuan dan perjumpaan bulanan berakhir jam 10.30 selepas dimulakan jam 9.30 malam. Dan saki baki jamuan sudah pasti untuk peronda-peronda yang bertugas dari jam 10 malam hingga 2 pagi.


Sama-sama kita doakan agar perjumpaan bulanan ini dan rondaan NBOS/SRS ini akan kekal bagi menjamin kesejahteraan kediaman.

Isnin, 23 Disember 2013

Disember 2013_Larian Jiran Muda & Demontrasi Membuat Roti

Program ini diadakan pada 22.12.2013 sebagai menutup tirai tahunan.


Mesyuarat Khas berkenaan program diadakan sehari sebelumnya turut dihadiri oleh anggota PDRM dari Balai Polis Sungai Besi bertujuan mememastikan kelancaran program.. Laluan larian dipaparkan menggunakan projektor agar semua Jawatankuasa Perlaksanaan faham laluan yang terlibat.


Larian dirasmikan dan dilepaskan oleh Dato' Rizalman bin Dato' Haji Mokhtar, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.



Ketua Marshal larian merangkap Pengerusi program Encik Jamil bin Sapuan berbaju hitam disebelah Dato' Rizalman sejurus sebelum pelepasan dilakukan.


Sementara menunggu peserta larian sampai balik kegarisan penamat tetmu yang hadir dijamu dengan apa yang ada.


Mee hoon goreng dalam kotak atas meja tu langsung tidak diusek sebab sibuk layan nasi lemak.


Kopral Aziz dari Balai Polis Sungai Besi sedang mengawasi lalu-lintas dengan motorsikal.


Dari kanan kekiri, Encik Jamil bin Sapuan Pengerusi Program larian, disebelahnya Encik Abdul Wahab bin Mohamad Pengerusi KRT, Dato' Rizalman bin Dato' Haji Mokhtar Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Kopral Aziz dari Balai Polis Sungai Besi, Encrik Ngatemin bin Haji Buang Timbalan Pengerusi KRT, Encik Mohd Amin bin Ibrahim Bendahari KRT merangkap Pengacara Majlis dan dikanan sekali ialah Ketua Penerangan UMNO Bhg BTR.


Hadiah wang tunai disampaikan kepada para pemenang. 




Sebahagian dari tetamu yang hadir.


Selepas majlis penyampaian hadiah, tetamu meneruskan jamuan sambil berbual-bual. Program larian termasuk penyampaian hadiah kepada pemenang tamat jam 9.15 pagi. Sementara menunggu jam 9.30 pagi untuk program Demontrasi Membuat Roti diadakan maka berbual-buallah seketika.

________________________________________________________

DEMONTRASI MEMBUAT ROTI

Sebelum Demontrasi Membuat Roti dilaksanakan bergambar dulu. Ditengahnya berseluar merah ialah Cik Sharmila a/p Balakerisnan dari JPNIN W PKLdan disebelahnya pula ialah Puan Azura Mohd Sharif Pelawat Perumahan DBKL cawangan PPR Desa Tun Razak. Disebelah kakannya ialah Encik Abdul Wahab bin Mohamad Pengerusi KRT dan disebelah kanannya ialah Puan Norasyikin bin Abd Ghafar dari JPNIN WPKL.


Masing-masing tak sabar menunggu untuk belajar membuat roti.


Cik Sharmila a/p Balakerisnan melakukan gimik perasmian dengan menuang air kedalam bekas untuk mengadun tepong.


Cikgu Nik (bertudong merah) dan pembantunya (baju kotak-kotak) memulakan demontrasi membuat roti.








Pengerusi KRT yang lelaki pun berminat hendak belajar sampai sanggup memanjangkan lehernya.


Nampak macam comel jer... macam sedap jer...


Antara lelaki-lelaki yang malu nak join program orang pompuan. Terpaksa pula berjemur dalam panas pasl dalam khemah sudah penuh.


Daripada roti dah melarat ke Nasi Arab pula. Bukan apa test periuk baru jer.


Masing-masing tekun dan khusyuk belajar. Tengok air-muka pun dah tahu.




Ini Nasi Arab siap dengan lauknya sekali sudah sedia untuk dimakan.


Masa untuk merasai hasil masakan tidak ketinggalan Puan Norasyikin dan Cik Sharmila mendahuluinya.


Kata mereka yang hadir rasanya "Ermmm... sedap" sampai angkat jari.


Ini pizza yang dah siap dan sedia untuk dimakan.


Cik Sharmila menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.


Puan Norasyikin menyampai hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.


Puan Norzihan binti Mohd Shariff Penolong Setiausaha KRT menerima hadiah cabutan bertuahnya daripada Cikgu Nik.


Puan Zuraidah binti Kamarulzaman menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Nik atas sumbangan serta tunjuk ajarnya kepada Jiran Wanita.


Puan Sanah binti Abd Manaf menyampaikan saguhati untuk Cikgu Nik sebagai menghargai penat-lelahnya mengajar dan menyediakan peralatan untuk mengadakan demontrasi tersebut.


Inilah dia hasil demontrasi. Macam sedap jer...


Ini pun sedap juga kan...


Akhirnya sebelum menangguhkan program harga promosi bagi periuk serta oven diperkenalkan. Cuma tunai RM 1500 sahaja kedua-duanya. Kalau cukup duit dalam tabung KRT harus-harus KRT pun nak order satu set macam ni. Tapi itulah kan... dah hujung tahun. Kita tengok nanti awal tahun 2014 manatau ada rezeki kita.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014