KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Rabu, 11 Disember 2013

Dis 2013_ Jiranku Rakanku

Sempena dengan tarikh yang cukup comel yakni 11.12.13. Rukun Tetangga Desa Tun Razak mengadakan program yang dinamakan Jiranku Rakanku. Berdasarkan tajuk program pastinya ianya menggambarkan jalinan perpaduan antara jiran. Memang jiranlah yang paling rapat dengan kita dan jiranlah yang lebih awal sampai kerumah kita jika berlaku kematian atau kesusahan.




Namun tafsiran yang diterjemahkan kedalam program ini melibatkan cabang Tunas Jiran sempena dengan cuti persekolahan pula. Inisiatif ini digunakan bagi mengadakan pertandingan Rounders bagi yang berumur dari 7 tahun hingga 13 tahun.




Pertandingan diadakan atas kawasan rumput sebaik sahaja hujan berhenti. Pada permulaan pertandingan rumput maseh kelihatan hijau warnanya.




Namun selepas dua perlawanan berlansung keadaan rumput alah oleh lecah dan becak dek air juhan yang maseh bertakong.




Hadiah-hadiah disampaikan kepada pemenang pada sebelah malam di Pos NBOS selepas semuanya balik mandi terlebih dahulu dan tukar pakaian yang bersih, maklomlah main rounders dalam becak.




Kelihatan dalam gambar Pengerusi KRT Encik Abdul Wahab Mohamad menyampaikan sedikit ucapan sebelum penyampaian hadiah kepada pemenang.




Kepada yang tidak menang pun dapat hadiah melalui soalan-soalan kuiz mudah yang dikemukakan. Hadiah-hadiah merupakan barangan serta alat-tulis untuk persediaan buka sekolah.



Inilah Abang Alang salah seorang tenaga di KRT kami yang menggerakkan kegiatan Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT. Dalam program kali ini Alang berperanan sebagai Ketua Pengadil.






Sambil menikmati jamuan ringan berupa Airbatu Bandong dan kueh Karipap dan donut hadiah-hadiah disampaikan secara santai.

Semuga tahun 2014 kami dapat mengadakan program perkhemahan yang diidam-idamkan anak-anak dalam Tunas Jiran kami ini. Dijangkakan ramai yang seronok ikut serta dalam program perkhemahan musim cuti sekolah tahun depan. Insya Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan