KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur

KRT Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur
Rukun Tetangga Desa Tun Razak. Cheras, Kuala Lumpur. Talipon 03 91716100. E-mail rukuntetangga_desatunrazak@yahoo.com.my

Rabu, 6 Februari 2013

Januari 2013_Majlis Kesyukuran 3 Dalam 1

Program ini diadakan bersempena dengan sambutan 'Minggu Keagamaan Sedunia' yang berlansung dari 1 hingga 7 Januari setiap tahun.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad bin Haji Rumadi salah seorang Ahli Jawatankuasa KRT yang juga merupakan Setiausaha Jawatankuasa Surau Darulnaim.




Jamuan yang dihidangkan ialah Sate ayam dan daging beserta nasi himpit, meehoon Singapura dan teh "O'. Ermmm...dengar bunyi macam sedap jer...


Selesai makan, mesyuarat Jawatankuasa kali ke2 bagi tahun 2013 dimulakan bagi mengatur-urus beberapa program hadapan terutama program SEKATA anjuran bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) dan Biro Tata Negara serta PDRM.




Keputusan mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Program SEKATA pada 17 Febuari 2013 di Kawsan Rekreasi Air Terjun Sungai Gabai, Mukim Hulu Langat . Selangor Darul Ehsan dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Pengangkutan disediakan 2 buah bas untuk para peserta yang terdiri dari remaja dan ibubapa masing-masing.

Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa satu sistem Wifi akan dipasang di PPR Desa Tun Razak dengan kerjasama Rukun Tetangga dan semua AJK akan mendapat penggunaan wifi percuma yang boleh digunakan didalam Pejabat KRT atau kawasan berhampiran dengannya selagi liputan masih terdapat.

Bayaran dengan kadar murah untuk orang ramai gunakan ialah RM 30 untuk sebulan, RM 10 untuk 10 hari dan RM 5 untuk 48 jam. Hasil kutipan sebanyak 5% akan diageh-agehkan kepada KRT, Penjual Kupon Wifi dan tenaga pengurusan sistem Wifi tersebut*.


*bergantung kepada syarat dan terma dari masa kesemasa. 


Dicatatkan oleh Tok Wan. 
Bendahari KRT Desa Tun Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan